CERPEN | SEROJA
PART 1
"JANGAN gedik sangat boleh tak? I malu orang pandang-pandang," bisik Taufiq geram. Sedari tadi dia menahan malu bila orang di sekitarnya asyik menjeling ke arah mereka kerana kelakuan pelik kekasihnya, Seroja.
Seroja, nama yang terdengar klasik dan ayu. Namun pada hakikatnya Seroja seorang gadis yang tidak tahu malu dan sentiasa terlihat diva. Taufiq dan Seroja sudah menjalin kasih hampir setahun. Seroja, si minah gedik dan Taufiq si lelaki terlebih ramah.
"Tak payahlah kisah apa orang cakap. I just nak spend time dengan you. Sekarang ni bukan main sibuk you sampai lupakan I. I chat you waktu pagi but malam baru you reply."
"Sorry, Seroja. But you pun tahukan, I ada kerja nak buat. Urus ni, urus tu."
Seroja melepaskan keluhan berat. "I pun banyak kerja juga tapi sempat je chat you."
"Seroja, please tak payah cakap pasal ni lagi. Kita dah pernah bincangkan? I dah malas nak gaduh dengan you," ujar Taufiq malas. "Kalau you still nak cakap pasal benda ni, baik I pergi. I ada kelas lagi lepas ni."
"Okay-okay. I give up. Kita bincang pasal hal lain. Hmm, saturday you free? I nak bawa you pergi cinema."
"Sabtu I ada meeting dengan kawan kelab I. Program dah nak dekat, tu yang busy sikit," tolakan lembut Taufiq membuat Seroja mencebikkan bibir.
"Kalau Ahad?"
"Ahad pun I ada aktiviti."
"Takkan dari pagi sampai malam? Bila you dapat spend time dengan I?"
"Ahad I ada aktiviti dari pagi ke petang. Malam tu I nak rehat. Sorry Seroja, I harap you faham." Seroja bersandar pada kerusi lalu berpeluk tubuh. Sesibuk itukah Taufiq? Dahulu boleh sahaja Taufiq meluangkan masa bersamanya walaupun sekejap. Sekarang? Pertemuan hari ini pun berhasil setelah Seroja merengek seharian pada Taufiq.
"Nanti kalau I dah free I akan inform you, okey?" pujuk Taufiq lembut. Dia mengelus rambut Seroja yang mengalun lembut ditiup angin.
"Hmm, okeylah. Nanti kalau ada masa terus bagi tahu I." Sekali lagi Seroja mengalah dengan Taufiq. Memang sentiasa akan terjadi begini, Seroja yang selalu mengalah dan berusaha memahami Taufiq walaupun pada akhirnya Seroja akan mengamuk.
"Iya. You jangan risau." Selepas perdebatan singkat itu mereka menikmati makanan masing-masing dengan senyap kerana Taufiq akan menghadiri kelas petang, sementara Seroja memilih untuk bertemu dengan rakannya kerana memang dia tidak memiliki kelas lagi hari ini.
"I pergi dulu. Jaga diri. Bye."
"Bye, love you." Seroja melambaikan tangannya pada kekasih hati yang sudah berlari menjauhinya. Hah...Dia rindu masa-masa mereka masih berbahagia tanpa ada kekangan waktu.
Selepas ini dia akan bersiap sedia kerana dia akan bertemu dengan sahabatnya, Darlina untuk ke salon kecantikan untuk mendapatkan rawatan kecantikan.
Lahir dari keluarga yang kaya raya membuat Seroja mampu memastikan dia mendapat perawatan yang terbaik secara berterusan. Bahkan Taufik juga merupakan anak orang berada. Jadi duit bukanlah masalah bagi pasangan itu.
***
Hari-hari berlalu dan keadaan kembali seperti biasanya di mana Taufiq sukar dihubungi serta pelajar-pelajar yang memandang benci kepadanya. Jika ditanya kenapa Seroja dibenci maka jawapannya ialah orang-orang menganggap Seroja sangat sombong dan angkuh. Tapi tenang... Seroja tidak kisah, dia tidak peduli dengan apa yang orang lain katakan.
Babe, you dekat mana? You tak ada kelaskan sekarang?
Begitulah pesanan yang dihantar Seroja kepada Taufiq.
'Ting'
I dekat cafe blok A3.
Singkat dan padat jawapan Taufiq. "Dar, jom pergi Cafe Blok A3. I nak jumpa Taufiq kejap."
"Okay," balas Darlina tanpa berfikir panjang. Untung sahaja mereka tidak terlalu jauh dari kawasan itu. Ketika mereka berdua tiba, keadaan di cafe terlihat begitu sibuk dengan ramainya pelajar. "Babe, tu Taufiq kan?"
"A'ah. Siapa perempuan dengan dia tu?" ujar Seroja. Mereka berdua langsung menyapa Taufiq yang kelihatan berbual mesra dengan seorang perempuan yang pastinya Seroja tidak ketahui.
"Babe."
"Seroja, come duduk. Kilah, ini girlfriend saya." Taufiq menarik tangan Seroja untuk duduk di sampingnya. Manakala Darlina duduk di samping wanita yang dikenali sebagai Kilah.
Seperti biasa Seroja menatap tajam wanita yang mencuba mendekati Taufiq. 'Ish! Gatal punya perempuan!' bisik Seroja.
"Girlfriend awak? Awak tak ada cakap pun awak ada girlfriend," ujar wanita itu sambil tersenyum kekok. Dia menatap Seroja sebentar sebelum dia mengalihkan matanya semula.
"Pernah. Awak yang tak dengar kot," jawap Taufiq. Seroja sendiri sudah panas mendengar perbualan terlebih sopan diantara Taufiq dan Kilah, ber'saya-awak' pula.
"Hai. Nama I seroja, girlfriend Taufiq," kata Seroja tanpa menghulurkan tangannya. Dia menatap tajam ke arah Kilah sambil menekankan perkataan 'girlfriend'.
"Hai, Seroja. Saya Syakilah. Boleh panggil Kilah. Hmm, saya rasa saya minta diri dulu, ada kerja nak siapkan. Nanti ada masa kita sambung bincang lagi, ya? Bye Fiq."
Fiq? Fiq? Seriously? Okay, mungkin Seroja berlebihan namun Seroja sendiri memanggil Taufiq dengan panggilan 'Taufiq' atau sayang. Bahkan sahabat-sahabat Taufiq sendiri memanggil Taufiq sebagai Taufiq kerana Taufiq tidak berapa gemar jika namanya disingkat-singkatkan. Namun sekarang, tiba-tiba ada perempuan yang panggil dia Fiq? Dan reaksi Taufiq hanya biasa-biasa saja? Cakaplah Seroja berlebihan namun sekarang Seroja sudah nenyusun ayat-ayat untuk ditanyakan kepada Taufiq.
"Perempuan tu panggil you Fiq?" soal Seroja dengan muka yang sudah masam.
"Ya. Biarlah dia nak panggil I apa sekali pun and perempuan yang you cakap tu ada nama. Nama dia Syakilah."
"Hari tu you bukan main marah bila I panggil you Fiq, and now you cakap 'biarlah dia nak panggil apa pun'. Yang you ni pun rapat semacam dia kenapa? I tak pernah nampak dia pun? Gatal betul dia dengan boyfriend orang."
"Okay-okay. I'm sorry kalau I pernah marah you sebab panggil nama I Fiq. Kalau you nak panggil I Fiq pun panggillah. And for your information, dia tu sama kelab dengan I. Dia ajk media, itu yang I rapat dengan dia," jawap Taufiq santai. Seroja mencebik kesal.
"I tak nak you rapat sangat dengan dia. Kalau ada benda nak bincang boleh bawa ajk yang lain. Tak payah duduk dua-dua macam tu."
"Betul! You pun kenalah jaga perasaan Seroja juga," sampuk Darlina yang lama berdiam.
Mahu tidak mahu Taufiq terpaksa mengangguk kerana duo-maut didepannya ini memang sukar dikalahkan dalam berdebat mulut.
***
"Apa masalah kau ni hah? Aku dah buat baik dengan kau tapi kau buat perangai sial pula dengan aku!" tengking Seroja pada seorang pelajar wanita yang sudah terketar-ketar di atas kerusi. Suasana cafe menjadi sunyi seketika melihat Seroja mengamuk bagai singa betina.
"Aku tanya kau ni!" bentak Seroja. Dia menghentakkan tangannya pada meja di depan pelajar itu.
"Sa-saya minta maaf," lirih suara pelajar itu. Kelopak matanya sudah menakung air mata yang sebentar lagi akan mengalir. Dia tidak sangka Seroja akan sebrutal ini dan mengamuk di depan semua orang.
"Kau minta maaf? Seriously? Semudah tu kau minta maaf?"
'Braak!'
Sekali lagi meja cafe itu dipukul kuat. Kepala Seroja sudah berasap menahan amarah. Jika dibenarkan sudah lama dia menampar pelajar di depannya ini.
"Kau dengar sini baik-baik. Aku nak kau pergi jumpa Dr Diha dan cakap yang aku tak macam yang kau cakap. Kau dengar tak?!" bentak Seroja. Darlina di belakangnya sudah menahan Seroja sambil mengusap bahunya. Darlina sendiri menatap jijik pelajar yang menahan tangis di depan mereka.
"Sa-"
"Stop! Awak fikir apa buat ni Seroja? Awak tak malu ke buat kecoh dekat sini?" Entah dari mana muncul Kilah menjadi heroin. Kilah menghampiri pelajar yang menjadi mangsa amukan Seroja dan menanyakan keadaanya.
"You tak ada kena mengena dalam hal ni. So, I minta you jangan masuk campur hal I dengan perempuan ni."
"Kalau saya nak juga? Awak sendiri pun tak ada hak nak bentak-bentak orang macam yang awak buat tadi. Jangan mentang-mentang tak ada yang berani nak lawan awak, awak buat sesuka hati awak."
Seroja menarik nafas lalu melepaskannya dengan kasar. Susah betul bercakap dengan orang 'baik' ni. Dahlah apa yang keluar dari mulut Kilah berbelit-belit.
"You tak tahu apa-apa. So, stop act like you know everything," ujar Darlina. "You tiba-tiba datang entah dari mana and act like you yang terpaling baik dekat sini."
"Ya, saya tak tahu apa-apa. Tapi boleh kan cakap baik-baik. Awak bukan budak kecik lagi," jawap Kilah dengan nada sopan namun tidak di telinga Seroja dan Darlina.
"Okaylah minah terlebih matang. Kalau you matang sangat, baik sangat...cakap dengan perempuan ni, kalau dah namanya partner assignment, dua-dua kena buat kerja. Bukan yang seorang tu tunggu hasil je and cakap dengan dia kalau dah tak buat kerja tu jangan pergi reka-reka cerita lepas tu cerita dekat lecture acah dia je yang buat," ujar Seroja.
"For you information, this girl langsung tak buat kerja and kawan I yang buat semuanya. Itu kawan I okay lagi. Kawan I ni baik, dia bagi kesempatan and suruh this girl check and edit mana-mana yang perlu. But you know apa dia buat? Dia just tulis nama dia and delete nama kawan I. She's also cakap dekat lecture, kawan I tak bagi kerjasama. But realitinya? Dia just tulis nama and hantar. Bukan tu je... Dia jadi pengarang cerita pulak... Dicanangnya cerita dia penat buat kerja and cakap kawan I langsung tak buat."
Kilah terdiam. Dia memandang gadis yang menjadi punca kekecohan tersebut. Terdengar juga pelajar-pelajar lain melemparkan kata-kata kesat kepada gadis itu. "Tapi itu tak membuatkan awak berdua boleh buat dan permalukan dia macam tu. Tak akan awak ta-"
"Whatever, I tak kisah apa yang you keluar dari mulut you. But for you, my ex-partner assignment. Kalau you tak cepat-cepat bagi tahu Dr Diha apa yang sebenarnya terjadi...Siap-siap menderita sampai your final sem," ujar Seroja lalu berlalu pergi dan diikuti oleh Darlina. Sebelum benar-benar jauh dari sana Darlina sempat menunjukkan kedua-dua jari tengahnya kepada gadis itu dan juga Kilah.
"Awak tak apa-apa?" tanya Kilah lembut namun gadis itu langsung berdiri dan meninggalkan kawasan cafe. Suasana yang tadi senyap tiba-tiba menjadi riuh kembali.
***
Seroja tidak habis fikir, kenapa dia masih mendapat hukuman selepas gadis itu mengaku? Hish! Tidak pasal-pasal meritnya dipotong. Syukur sahaja bila daddynya diberitahu oleh pihak fakulti, daddynya nasih santai. Biasalah, anak kesayangan daddy.
Sehari selepas kejadian Seroja mengamuk di cafe, Seroja dan Darlina langsung dipanggil ke pejabat fakulti dan diceramahi habis-habisan. But who care? Asalkan dia dah dapat hak dia semula. Namun dia sedikit mengamuk bila dia mendapat hukuman untuk menulis surat rasmi kepada pejabat .
"Malasnya I nak buat surat. Sorry tau, disebabkan I, you pun terpaksa kena denda. Padahal you tolong I je," ujar Seroja merasa bersalah.
"Tak apa. I ni bestfriend you. I akan sentiasa support you, alah buat surat tu hal kecik je. Kita cari contoh dekat google pun ada." Seroja tersenyum lebar, dalam hati dia bersyukur kerana memiliki sahabat yang baik seperti Darlina. Seroja memeluk tubuh Darlina dengan erat.
"Thank you so much. Sebagai balasan, I nak bawa you pergi makan. I belanja."
"Yeahh! " Darlina bersorang riang. Kegembiraan mereka terhenti apabila telefon Seroja berdering tanda ada panggilan masuk. Nama Taufiq tertera di atas skrin membuat Seroja tanpa berfikir panjang langsung menekan butang hijau.
"Hello..."
"..."
"I dengan Darlina. Kitaorang baru nak pergi makan. Kenapa?"
"..."
"Jumpa? Dekat mana?"
"..."
"Okay. Nanti I dengan Darlina singgah sana. Ya."
"..."
"Okey, bye." usai perbicaraan antara Seroja dan Taufiq tamat, Seroja langsung menyimpan telefonnya ke dalam beg tangan.
"Kenapa babe? Tak jadi pergi makan ke?"
"Jadi but kita singgah depan Tasik Mutiara kejap. Taufiq nak jumpa. Ada hal nak bincang katanya. Ini mesti pasal kes semalam," ujar Seroja.
"It's okay, babe. You jelaskan je apa yang terjadi. Dia mesti faham punya."
"I hope so."
PART 2
TIDAK terlalu susah mencari keberadaan Taufiq, dari kejauhan Seroja sudah melihat kelibat Taufiq dengan rakan-rakanya duduk santai di kerusi yang disediakan di tepi Tasik Mutiara yang masih berada dalam lingkungan universiti. Darlina setia membuntutinya dari belakang.
"Babe-"
"You tak malu ke buat masalah?" Taufiq lansung menunjukkan video yang dirakam oleh pelajar kepada Seroja.
"Tapi you tak tahu apa yang terjadi. I-"
"I tahu. I tengok video ni sampai habis. Nasiblah Kilah ada datang masa tu. Kalau tak dah berlarutan masalah ni. You tak boleh bincang elok-elok ke? You tahu tak I malu bila orang asyik tanya-tanya pasal ni dekat I? You langsung tak fikirkan I. I pun malu bila you buat perangai tak matang macam tu."
"Oh, you malu? Tutuplah muka you."
"I cakap betul-betul Seroja," ujar Taufiq kegeraman. Sahabat Taufiq hanya diam mendengar pergaduhan kedua pasangan itu. "I dah call Kilah untuk datang sini. I nak you minta maaf dengan dia sebab you dah bersikap kurang ajar dengan dia."
"Me? Seriously? You suruh I pergi sini semata-mata nak minta maaf dengan dia? You sendiri nampak yang dia yang tiba-tiba datang dan masuk campur hal I and I yang kena minta maaf? Jangan buat lawaklah."
"But still you kena minta maaf dengan dia," tekan Taufiq. Seroja menahan sakit di hatinya.
"Because of what?"
"Assalamualaikum..." Akhirnya orang yang menyebabkan pergaduhan diantara Seroja dengan Taufiq akhirnya datang. "Taufiq, kenapa suruh saya pergi sini?"
"Now, you minta maaf dengan Kilah."
"No!" tolak Seroja. Dia ingin pergi dari sana namun Taufiq menahan tangannya.
"Eh, tak apa. Tak apa. Kalau pasal hal semalam, bukan Seroja yang salah. Saya yang sepatutnya minta maaf."
"See? Bukan I yang perlu minta maaf." Seroja menghempaskan tangannya dan langsung berpeluk tubuh.
"Seroja... Saya nak minta maaf pasal hal semalam. Saya tak sepatutnya sibuk hal awak. Saya ingatkan awak sengaja nak buli dia," ujar Kilah dengan suara yang perlahan.
"Are you fucking idiot? Buat apa I nak buli orang hah? You ingat I hadap sangat dengan duit orang? I pun ada duitlah." Darlina segera menahan Seroja.
"Seroja, your language!"
"Asshole! Yang you marah sangat ni apa hal? Yang you paksa sangat Seroja minta maaf dengan perempuan ni dah kenapa?" Darlina sudah buka suara. Jari telunjuknya sudah diarahkan ke muka Taufiq. "Nak tunjuk hero sangat? You kena ingat, girlfriend you tu Seroja bukan Kilah!"
"Woh, tenang-tenang. Darlina, bawa Seroja pergi. Yang ni aku akan urus," ujar Harith, sahabat kepada Taufiq. Mahu tidak mahu Darlina menyeret Seroja untuk kembali ke kereta. Muka Seroja sudah merah menahan marah.
"Babe, It's okay. It's okay," pujuk Darlina. Dia memeluk erat sahabatnya sambil membisikkan kata-kata semangat. Seroja menangis bagaikan anak kecil sambil memukul dada.
"Taufiq tak pernah marah I sampai macam ni...hiks...hiks...Hati I sakit bila dia lebihkan Kilah berbanding I. Padahal I yang girlfriend dia," luah Seroja.
"Its okay. Its okay. Apa kata kita cancel pergi makan. Kita balik apartment aku. Nak?" Seroja mengangguk laju. "Kita order makanan dari foodpanda ya? I malas nak masak."
"I okay je," balas Seroja. Dia mengambil tisu di dalam begnya dan menghapus air matanya. "Habis rosak mekap I. Dahlah semua mekap I mahal."
***
Hari-hari selanjutnya Seroja lalui seperti biasa. Sejak dari hari itu Taufiq tidak pernah lagi menghubunginya. Satu kata maaf pun tidak keluar dari bibir mereka berdua. Akhirnya terpaksalah Seroja memujuk dirinya semula sama seperti bila mereka berselisih selama ini. Hujung cerita Seroja akan memujuk dirinya sendiri dan menemui Taufiq kembali seperti tidak ada yang berlaku.
Seperti hari ini, Seroja mendatangi Taufiq di bilik kelab milik Taufiq. Dia membawa makanan tengah hari yang baru sahaja dibelinya tadi untuk Taufiq. Ketika dia melangkah masuk kelihatan Taufiq sedang duduk di atas kerusnya sambil menimati makanan di dalam sebuah bekas makanan berwarna jingga.
"Seroja?" itulah kata pertama yang keluar dari bibir Taufiq setelah melihatnya.
"Nah, makanan untuk you. Panas lagi. I baru beli," ujar Seroja lalu meletakkan plastik itu ke atas meja Taufiq.
"Sorry Seroja. You bagilah siapa-siapa. I pun tengah makan ni," tolak Taufiq.
"Tapi I belikan untuk you."
"You sendiri nampak kan I tengah makan. Tak akan I nak habiskan dua-dua."
Seroja mengintip bekal makanan Taufiq, hanya nasi goreng dan satu ketul ayam goreng. Padahal makanan yang dibelinya ialah ayam penyet special. "Sejak bila you bawa bekal? Tak pernah-pernah pun?"
"Oh, bukan I yang bawa. Kilah yang bawakan untuk I," jawap Taufiq terlebih santai. Tidak tahukah Taufiq 'Kilah' itu isu sensitif?
"Dia tahu atau tak sebenarnya you ada girlfriend? Takkan dia dah selalu nampak I and still tak percaya I ni girlfriend you. Yang dia tergedik-gedik nak bawakan you bekal kenapa?"
"Apa salahnya? Dia cakap dia ada masa dia buatlah. Lagi pun tak akan I nak minta you buat bekal untuk I? You kan tak pandai masak." Sakit. Terdengar seperti Taufiq merendahkan Seroja. "I cuma hargai pemberian dia."
"And how about mine?"
"You tak penatkan? You just beli, but Kilah masak sendiri."
"Okaylah. Enjoy your lunch. I pergi dulu. You bagilah siapa-siapa makanan yang I beli tu. Kalau tak ada yang nak, you buang je."
Seroja melepaskan keluhan berat lalu berlalu dari sana. Namun di tengah perjalanan dia terserempak dengan Kilah yang kelihatan gembira sambil memegang dua botol air mineral. Tanpa banyak soal Seroja menarik tangan Kilah menuju tangga kecemasan.
"Auch!"
"You nak apa sebenarnya? You dah tahu atau buat-buat tak tahu yang Taufiq tu dah ada girlfriend?"
"Hah?"
"You jangan nak acah-acah innocent dengan I, yang you pergi bawakan bekal untuk Taufiq tu kenapa? Dah gatal sangat jadi perempuan?"
"Awak jaga mulut awak tu ya. Saya tak gatal dengan Taufiq. Saya just nak berkawan dengan dia. Rasanya awak yang patut bercermin, sebab rasanya awak lebih gatal dari saya. For your information, saya bawakan bekal makanan untuk Taufiq sebab semalam dia cakap dia nak rasa masakan saya."
"Oh ya? You rasa macam tu? Kawan? I ni perempuan tahu, I tahu tatapan you, bila you tengok Taufiq, you tak tengok dia as a friendkan?"
"Itu bukan masalah saya. Itu cuma andaian awak saja sebab awak takut saya rebut dia dari awak kan?"
"Yes. I memang takut you rebut dia dari I. Tapi I kena ingatkan yang you tak layak dengan dia. I girlfriend dia. Officially," ujar Seroja menekan perkataan 'offiacially'.
"Jadi sekarang ni awak nak cakap pasal layak ke tak lah ni? Orang kaya memang macam ni ke? Bangga sangat dengan kekayaan. Kaya tu tak boleh bawa mati tahu tak? Kaya ke miskin ke sama je di mata tuhan."
"I tak pernah mention kaya dengan miskin. Tak payah nak putar belit cerita."
"Tapi awak ada cakap pasal layak atau tak tadi? Itukan maksud awak?"
"Whatever, terserah you nak fikir apa but saya minta you jauhkan diri dari Taufiq."
"Saya tak rasa awak ada hak nak cakap macam tu. Saya cuma nak berkawan dengan Taufiq dan ingat, awak cuma girlfriend... bukan isteri." Usai mengucapkan hal itu Kilah langsung pergi meninggalkan Seroja yang terpaku. Speechless.
Seroja tidak habis fikir. Berani Kilah cakap macam tu dengan dia. Dia tak fikir ke? Sekurang-kurangnya Seroja ni girlfriend Taufiq, Kilah? Kawan je, itupun sebab satu kelab.
"Argh!" Seroja sakit hati. Sungguh, moodnya ingin ke kelas terbantut kerana perangai Taufiq dan Kilah. Seroja langsung menghubungi Darlina untuk memberitahu dia tidak akan masuk ke kelas selepas ini.
"You kenapa?" tanya Darlina terdengar sedikit risau.
"I sakit kepala. I nak balik rumah daddy I. Kalau Dr cakap kenapa I tak hadir cakap je I tak sedap badan."
"Okay babe, take care. Kalau sempat habis class I datang rumah you."
"Tak apa. Tak apa. Bukannya teruk sangat," jawap Seroja.
"Okaylah. Kalau ada apa-apa terus call I, oky?"
"Okay babe."
***
Seperti yang diberitahunya kepada Darlina, kini Seroja tiba di rumah mewah milik daddynya. Keadaan di rumah terlihat sunyi kerana yang ada di rumah besar itu adalah 2 orang pembantu rumah, pemandu peribadi daddynya dan seorang pengawal. Daddy Seroja pastinya berada di pejabat sedang bekerja banting tulang untuk Seroja, anak kesayangannya. Jika ditanya adakah Seroja kesepian atau tidak, pastilah jawapannya iya. Namun Seroja faham daddynya bekerja untuk kesenangan dia.
Daddy dan mommy Seroja sudah bercerai sejak Seroja berusia 13 tahun lagi dan kini sang ibu sudah memiliki keluarga baru. Sedih memang sedih... Tapi nak macam mana lagi? Seroja sudah bahagia bersama daddynya, begitu juga dengan sang ibu.
Tidak ada dendam di hati Seroja, lagi pula mommy dan daddynya bercerai dengan cara yang baik. Bahkan kadang-kadang Seroja akan datang ke rumah baru mommynya untuk melihat adik tirinya. Lawaknya, adik tiri Seroja memanggilnya dengan sebutan Kakak Diva.
"Bik..."
"Eh, Non Seroja! Sejak kapan non disini? Bibik belum siap masak non," ujar bibik yang sudah bekerja selama 5 tahun di rumahnya. Bibik ini merupakan pembantu yang paling penyabar yang ada di rumahnya dan Seroja suka itu.
"Tak apa. I tak nak makan. Nanti tolong sediakan buah-buahan yang I beli semalam. I nak bagi dekat orang. Siapkan cepat sebab lepas ni I dah nak jalan."
"Baik, Non Seroja." Seroja berlari anak menuju ke tingkat atas di mana biliknya berada. Usai mandi dan bersiap dia kembali turun ke bawah dan mengambil buah-buahan yang sudah dimasukkan kedalam bakul plastik.
"Bik, I keluar dulu. Mungkin petang nanti Seroja balik. Cakap dengan daddy, jangan makan dulu kalau I belum sampai," pesan Seroja.
"Baik non." Seroja keluar dari rumahnya dan berjalan ke arah garasi. Terlihat beberapa kereta mewah terparking di sana namun yang menjadi tujuannya ialah basikal kesayangan Seroja. Basikal pemberian daddynya ini menjadi pengangkutan utama Seroja jika ingin berjalan ke suatu tempat yang berhampiran dengan rumahnya.
Sebenarnya, Seroja belum lagi memiliki lesen memandu kenderaan. Bahkan Seroja sudah dua kali gagal mengambil lesen. Oleh sebab itu, Seroja langsung berputus asa untuk masa ini dan akan mencuba sekali lagi setelah menghabiskan zaman degreenya.
Seroja mengayuh basikalnya sambil bernyanyi kecil. Dia berhenti di sebuah kedai sederhana yang menjual barangan seharian.
"Assalamualaikum Abang Affan."
"Waalaikumsalam. Eh, Seroja! Lama tak nampak," ujar Affan. Affan merupakan pemilik kepada kedai itu.
"Biasalah. I sibuk sikit. Hmm, actually I nak jumpa kak Aishah."
"Oh, Aishah! Dia dekat atas. Tengah jaga baby. Naik je." Bangunan kedai itu terbahagi kepada dua. Bahagian bawah dijadikan kedai manakala bahagian atas dijadikan rumah oleh Affan. Affan dan Seroja tidak memiliki sebarang talian darah begitu juga dengan Seroja dan Aishah.
Bertemuan dan perkenalan mereka terdengar agak unik dan kelakar bila diceritakan semula. Ceritanya bermula beberapa tahun lalu ketika Seroja yang memilih bersekolah di sekolah menengah awam baru sahaja menyelesaikan peperikasaan SPM. Seroja yang baru berusia 17 tahun ketika itu berkeinginan untuk bekerja dan menghasilkan wang sendiri.
Setelah mendapat kebenaran daripada daddynya, Seroja berkeliling riang di pekan kecil berdekatan dengan rumahnya dengan menggunakan basikal yang baru sahaja dihadiahkan daddynya.
Pendek cerita, beberapa kedai dan cafe' yang Seroja pergi tidak menerima pekerja baru. Peluang terakhir, Seroja pergi ke sebuah kedai sederhana besar yang mana kedai itu tidak memiliki perkerja. Yang kelihatan hanyalah seorang lelaki yang setia berdiri di bahagian kaunter yang mana itu ialah Abang Affan.
"Excuse me. Sini ada kerja kosong?" tanya Seroja.
"Maaf dik, saya tak ambil pekerja. Kedai ni kejap lagi dah nak tutup," jawap Affan dengan nada lembut. Seroja membuat muka bingung.
"Kenapa?"
"Saya nak jual kedai ni. Saya perlukan duit dan saya dah tak ada modal." Jawapan Affan membuat Seroja terdiam.
"Kok curhat..." ujar Seroja bergurau. Melihat wajah Affan yang semakin bingung membuat Seroja terdiam kembali. "Abang perlu duit berapa?"
"Hah?!"
"Abang perlu duit berapa?"
PART 3
"ABANG perlu duit berapa?"
"Eh, tak payahlah dik. Duit yang abang perlu bukan sikit," tolak Affan lalu tertawa dihujung. Affan mungkin berfikir Seroja bergurau ketika itu.
"It's okay. Esok Seroja bawah daddy Seroja pergi sini. Abang tunggu je," jawap Seroja lalu pergi begitu sahaja. Affan terpingah-pingah dengan perangai Seroja. Namun seperti yang dikatakan Seroja, keesokan harinya Seroja kembali namun kini dia membawa daddynya yang berpakaian mewah.
"Abang, Seroja datang lagi. Ini daddy Seroja. Daddy, ini lelaki yang Seroja cerita tu," kata Seroja dengan senyuman lebar. Affan terdiam melihat aura kekayaan lelaki berjas hitam itu.
"Boleh saya bincang dengan encik sekejap? Saya Majid, ayah kepada Seroja. Boleh saya tahu siapa nama encik?"
"Oh, salam Encik Majid. Saya Affan. Eh, duduk dulu Encik Majid." Affan tergesa-gesa mengambil dua kerusi dan diberikan kepada Seroja dan Encik Majid.
"Saya datang ni sebenarnya ada sebab, semalam anak saya cerita Encik Affan nak jual kedai ni sebab perlukan duit."
"Hmm... Ya... Hahaha," Affan tertawa sumbang. Dia mengusap tengkuknya perlahan. "Memang saya nak jual kedai saya ni sebab saya perlukan duit untuk bayar rawatan anak saya. Tambahan pula, saya dah tak ada modal nak teruskan kedai ni. Itu yang saya tak boleh terima Seroja bekerja dengan saya. Saya minta maaflah kalau Encik Majid tak terima."
"Saya faham. Oleh sebab tu saya nak bagi tawaran dengan Encik Affan."
"Tawaran?" Affan menatap Encik Majid dengan serius.
"Saya akan bagi pinjaman wang kepada Encik Affan supaya Encik Affan boleh membayar kos rawatan anak encik dan teruskan berniaga seperti biasa, tapi ada syarat."
"Betul ke encik? Syarat? Apa syaratnya?"
"Encik Affan kena terima anak saya, Seroja untuk bekerja di kedai encik." ujar Encik Majid tenang. Dia menatap Affan yang terkedu dengan penawarannya. Affan menatap Seroja yang tersenyum riang sehingga menampakkan giginya. "Macam mana?"
"Sa-saya setuju. Saya setuju. Terima kasih encik Majid."
"Sama-sama. Nanti saya suruh PA saya hantar surat yang berkenaan dan urus hal-hal yang lainnya. Lepas ni kita jumpa semula untuk bersetujuan yang lebih rasmi."
"Baik Encik Majid. Terima kasih," ujar Affan riang. "Terima kasih Seroja."
Setelah itu, Affan akhirnya mampu membayar pengubatan anaknya dan meneruskan perniagaan kecilnya. Begitu juga Seroja yang akhirnya menjadi pekerja di kedai Affan sepanjang menunggu keputusan SPM. Berkat bantuan Seroja dan Encik Majid, Affan dan keluarga kecilnya dapat hidup selesa hingga ke hari ini.
Setelah mendapat keputusan SPM, seroja memutuskan untuk berhenti bekerja dan biasanya Seroja akan datang menjenguk Affan dan keluarga kecilnya.
"Abang Affan!!" jerit seroja membuat lamunan Affan terhenti. "Abang Affan dah kenapa?"
"Tak ada apa-apa. Cakap nak naik atas, kenapa tak naik lagi."
"I minta coklat boleh? Sekali sekala belanjalah."
Affan mengangguk laju. "Ambil je."
"Thanks... I naik dulu." Seroja berlari meninggalkan Affan sendiri. Dia naik ke tingkat atas sambil memegang plastik berisikan buah dan juga coklat di tangannya. "Hello, anyone here?! Seroja cantik datang beraya."
"Masuklah," jerit Aishah dari dalam rumah.
"Kak Aishah..." Seroja menghampiri Aishah yang duduk bersantai di atas sofa dengan bayi comel di dakapannya. "Alolo... Comelnya baby. Siapa nama dia Kak?"
"Baby Haziq," jawap Aishah.
"Comelnya Baby Haziq. Gemuk...Geram! Hakimie mana Kak?"
"Hakimie pergi sekolah. Belum balik lagi," kata Aishah sambil menimang baby Haziq. Hakimie merupakan anak pertama Aishah dan Affan, Hakimielah yang mendapat rawatan di hospital beberapa tahun lalu.
"Aah... Bila balik?"
"Petang nanti sebab Kimie terus pergi sekolah agama."
"Dah besar Kimie kan kak....Eh, ini I ada bawa buah sikit dari rumah. I letak dekat dapur ya?"
"Susah-susah je tapi terima kasih Seroja."
"Taklah susah mana," jawap Seroja lalu memulakan gosip bersama Aishah sehinggalah waktu berlalu dan langit sudah kelihatan gelap.
"Seroja balik dengan siapa? Apa kata akak suruh Abang Affan hantar Seroja balik. Dah gelap ni," pelawa Aishah.
"Gelap apanya. Lampu jalan pun belum on lagi. Tak apa, I balik sendiri. Nanti ada masa I datang lagi."
"Iyalah. Hati-hati." Usai meminta diri dari Aishah dan Affan akhirnya Seroja kembali mengayuh basikal menuju rumahnya. Ketika dia tiba di rumah daddynya sudah terlihat bersantai di ruang tamu sambil melihat pada skrin telefonnya.
"Daddy!" Seroja menyalam tangan daddynya. "Tadi Seroja pergi rumah Abang Affan. Abang Affan dengan Kak Aishah ada baby baru. Comel."
"Iya? Siapa nama anak Affan?"
"Haziq. Nak je Seroja culik baby Haziq tadi. Hehehe."
"Kalau Seroja pandai jaga tak apalah. Dah, kamu pergi mandi. Lepas ni, kita makan sama-sama. Daddy dah kebulur ni," ujar daddy berjenaka.
"Oh, okay. Wait." Seroja lari lintang pukang kerana merasa bersalah membuat daddynya tertunggu-tunggu.
***
"Seroja, daddy ada benda sikit nak bagi tahu Seroja."
Seroja menatap daddynya dengan tatapan bingung. Mereka berdua sedang bersantai di ruang tamu dengan televisyen yang menayangkan acara Running Man.
"Macam serius je. Daddy nak bincang apa?"
"Janji dengan daddy Seroja tak akan marah."
"Ja-janji. Apa dia?"
"Daddy nak tunangkan kamu dengan anak kawan daddy. Daddy tak paksa, kalau Seroja tak nak tak apa. Cuma daddy nak Seroja fikir-fikir dulu."
"Tunang?" Seroja gigit bibir. Sebenarnya daddynya tidak tahu yang Seroja memiliki teman lelaki walaupun Seroja dan Taufiq sudah menjalin kasih hampir setahun. "But why? Is it because of your business?"
"No sayang. Seroja, listen to daddy. Daddy sendiri nampak yang anak kawan daddy tu anak yang baik. Penyabar and he's a good man. Seroja tahu, daddy sayang Seroja lebih dari apa pun. Daddy tak akan korbankan Seroja just because of business."
"I dunno daddy."
"Listen, daddy tak paksa Seroja. Seroja fikir betul-betul. Kalau Seroja dah fikir bagitahu daddy. Daddy terima semua keputusan Seroja."
"Seroja akan fikir nanti," ujar Seroja. Malam itu Seroja tidak dapat tidur dengan lena. Dia memikirkan kata-kata daddynya. Seroja tahu, walaupun daddynya tidak memaksa Seroja, jauh di lubuk hatinya Seroja yakin daddynya berharap ia menerima pertunangan itu.
Namun pada masa yang sama dia masih mencintai Taufiq. "Boleh gila ni," bisik Seroja. Keesokkan harinya Seroja menghadiri kelas seperti biasa.
"Kenapa you macam lesu semacam," tanya Darlina.
"I nak cerita you satu benda."
"Apa dia?" Seroja menceritakan semua yang daddynya katakan semalam. Tidak terlupakan juga peristiwa ketika Seroja menemui Kilah.
"Ish! Kalau I ada dengan you masa tu, dah lama I tolak perempuan tu. Biar mati," ujar Darlina menggebu-gebu.
"I takut masuk penjara."
"But babe, pasal pertunangan tu macam mana? You dah nampak lelaki tu?" Seroja menggeleng laju. "I tak tahu nak bagi cadangan dalam hal ni. Ini melibatkan masa depan you. You yang sendiri yang kena tentukan. But I support whatever you choose."
"I pun belum habis fikir lagi. I tak nak kecewakan daddy but I masih cintakan Taufiq. Haih, susahnya nak fikir."
"Chill. Lagi pun daddy you tak bagi limit masa kan? So, fikir masak-masak. Just take your time."
"Ya... Hmm."
"By the way, jom pergi library. I belum siap assignment Dr Teru. You dah siap?"
"I pun belum siap lagi. Jomlah. Atleast, dekat library sejuk sikit dapatlah sejukkan kepala I." Mereka berdua tertawa lalu berjalan bersama menuju ke perpustakaan universiti. Mereka memilih untuk mencari tempat duduk di tingkat dua di mana lokasinya agak tersorok. "Darlina, I tak tahu mata I rabun atau tak. Itu Taufiq dengan Kilah kan?"
"A'ah..." jawap Darlina. Mereka berdua mengintip aktiviti dua anak manusia berbeza jantina itu. Kelihatan seperti dua-duanya sibuk dengan kertas masing-masing. Mereka berdua duduk bersama tanpa kehadiran rakan-rakan Taufiq.
"Tenang Seroja. Maybe diaorang tengah bincang pasal hal kelab," pujuk Darlina cuba memberi aura positif namun Seroja tidak mendengarnya dan menghantar pesanan rigkas kepada Taufiq.
You dekat mana? Tengah buat apa?
Seroja melihat Taufiq melihat telefonnya dan menekan-nekan skrin telefon.
I dekat kelas. Buat kerja lagi.
"Oh, kelas..." ujar Seroja.
Dengan siapa?
Dengan Harith, Yusuf dengan Boy. Why?
Oh, tak ada apa-apa.
"Fuck," carutan yang keluar dari mulut Darlina masih dapat didengar Seroja.
Seroja menggeleng. "Mungkin Taufiq tak nak ada pergaduhan lagi. Tak apa kita pura-pura tak tahu. Jom Dar, kita pindah tempat lain."
"But babe-"
"It's okay. Jom." Selepas hari itu, Seroja dan Darlina kerap melihat Taufiq berdua-duaan dengan Kilah dan jika ditanya Taufiq selalu berbohong. Katanya sedang bersama Harith, Yusuf dengan Boy, pada nyatanya dia bersama Kilah, si gadis tidak tahu malu.
"Babe, sampai bila you nak macam ni? I pula yang sakit hati nampak you pura-pura bodoh," luah Darlina. Jika Seroja tidak menahan dirinya sudah lama dia memukul kedua manusia tidak tahu malu itu.
"Tak apa. Petang ni I dating dengan Taufiq. Nanti I tanya dia. You tunggu I tau. "
"Don't worry. I selalu dekat belakang you."
***
Seroja mengacau minumannya secara rambang sambil menunggu ketibaan Taufiq. Sudah 10 minit berlalu dan Taufiq masih lagi belum kelihatan. Darlina setia menunggunya di dalam kereta.
"Sorry Seroja. I ada kerja sikit tadi. Itu yang lambat," ujar Taufiq dengan senyumannya. "Kenapa nak jumpa I?"
"Aik, tak akan nak jumpa pun kena ada alasan. I cuma rindu you je, you tak rindu I ke?"
"Rindu tak akanlah tak rindu. Cuma tulah, you tahukan I-"
"Sibuk? Ya...I tahu you sibuk. Itulah seminggu ni I tak ganggu you, sebab I tahu you sibuk."
"Nasiblah you faham. Hmm, you-"
Ting!
Telefon Taufiq berbunyi menganggu perbualan mereka. "Kejap ya..."
5 minit berlalu dan Taufiq masih sibum dengan telefonnya.
"Taufiq."
"Oh, ya! Apa kita cakap tadi?"
"You sibuk."
"Sibuk? Ya... Hmm sebenarnya I betul-betul busy sekarang. Next week program dah start. Nan-"
Ting!
Sekali lagi. Cukup! Taufiq nengambil telefonnya dan melihatnya sekejap. "Seroja, Im really sorry but can we meet again another time. Kilah ada masalah sikit and I need to help her. Urgent." Taufiq berdiri namun Seroja langsung menahan tangannya.
"Seroja, please faham I."
"Taufiq, please. Kali ni terakhir I kacau you. Duduk please." Mahu tidak mahu Taufiq duduk kembali. " I cuba faham you but makin lama I semakin tak faham you.I know I bukan baik sangat and I know you nampak banyak kekurangan I. But I hope you still can faham I sebagai girlfriend you. You menangkan perempuan lain but I still bertahan dengan you. But makin lama I dah tak mampu bertahan. I pun nak bahagia."
"Seroja-"
"Let me talk first....Thanks for everything untuk hampir setahun kita bersama. I really appreciate it and I minta maaf sebab selalu buat you sakit kepala. I dah fikir masak-masak, I.... nak kita putus."
Taufiq turut terdiam. "Okay, kita putus." Usai mengatakan itu Taufiq langsung berdiri dan meninggalkan Seroja.
***
Seminggu berlalu sejak Taufiq dan Seroja putus dan Seroja sudah menerimanya dengan lapang dada. Tipu jika Seroja tidak menangis, faktanya mata Seroja bengkak sehari selepas mereka putus. Semalam juga dia telah memberitahu daddynya yang dia menerima perjodohan itu.
Seperti yang dibincangkan Seroja bersama Darlina, nanti Seroja akan memberitahu semuanya kepada tunangnya tentang apa yang terjadi. Seroja tidak ingin bakal tunangnya merasakan dia hanyalah pelarian Seroja sahaja.
Hari ini merupakan hari yang mendebarkan kepada Seroja Kerana dia akan bertemu dan bertatapan dengan bakal tunangnya sebelum mereka melangsungkan pertunangan. Jantung Seroja berdegup dua kali lebih cepat. Dia berharap bakal tunangnya memiliki wajah yang tampan. hehehe.
"Seroja?"
PART 4
"APA kau fikir ni? Kenapa kau buat Seroja macam tu?" tanya Harith pada Taufiq. Ruangan kelab itu hanya diisi oleh 4 orang iaitu Taufiq, Harith, Yusuf dan Boy.
"Salah ke apa aku buat? Seroja dah melampau kot. Tak akan aku suruh minta maaf pun tak boleh. Dah memang salah dia," ujar Taufiq membela diri.
"Kalau kau suruh Seroja minta maaf dengan budak yang dia marah-marah tu aku faham lagi. Tapi untuk hal ni, kau paksa Seroja minta maaf pada Kilah yang mana Kilah tu cuma orang yang tiba-tiba masuk campur hal Seroja," jawap Yusuf. "Kau sepatutnya tegur juga Kilah sebab tak sepatutnya dia suka-suka hati masuk campur hal orang lain. Itu kurang ajar namanya."
"Tapi apa yang dibuat tu cuma nak tenangkan keadaan. Kau sendiri nampakkan Seroja mengamuk sampai hentak-hentak meja."
"But pada akhirnya budak tu salah jugakan? And Kilah pun dah tuduh-tuduh Seroja, kenapa kau tak suruh Kilah minta maaf dengan Seroja," jawap Yusuf semula.
"Kau lupa ke? Kilah ada minta maaf tapi Seroja buat tak kisah."
"Wait. Wait. Wait. Yang kau kisah sangat pasal Kilah ni apa pasal? Yang girlfriend kau tu Seroja. Kilah tu kawan yang tak berapa kawan. Kenal pun sebab kelab. Kau kenapa bela dia sangat," tanya Boy pula.
"Korang tak tahu, Kilah tu anak yatim. Dia orang susah. Dia pernah cerita dekat aku yang dia harap dia dapat hidup macam orang lain, bahagia."
"So, apa kena mengena dengan kau?" Harith pula yang bertanya dengan geram.
"Kau kesian atau kau suka dekat Kilah?" Yusuf membuka mulut semula namun Taufiq tidak membalasnya. "Kau tak sepatutnya buat Seroja macam tu. Selama ni dia bersabar dengan kau tapi kau?"
"Kau tak akan faham kalau kau tak ada dekat tempat aku. Kau cakap senanglah, aku yang hadap. Kau nampak Seroja bersabar dengan aku, tapi sabar aku? Dengan perangai diva, kuat cemburu. Aku pun ada had sabar."
"Bercakap dengan kau ni memang tak akan membuahkan hasil," ujar Harith lalu keluar dari ruangan itu.
***
Beberapa hari berlalu sejak kejadian itu. Taufiq mengemas segala kertas-kertas yang berhamburan di atas mejanya.
"Fiq, awak nak pergi mana?" suara itu, suara kilah.
"Oh, Kilah. Saya nak pergi beli makanan sekejap," ujar Taufiq.
"Sebenarnya saya ada bawa bekal untuk awak. Cuma nasi goreng dengan ayam goreng." Kilah menghulurkan bekal makanan berwarna jingga itu kepada Taufiq.
"Susah-susah je. Tak pernah lagi orang bawakan saya bekal. Awak yang masak ke?"
"Saya masak pagi tadi. Ada masa dan saya ingat awak, terus masakkan untuk awak sekali. Lagipun tak akan girlfriend awak tak pernah masakkan untuk awak."
Taufiq ketawa perlahan, "Seroja mana pandai masak. Rasanya boleh terbakar dapur kalau dia masak. Maklumlah anak manja."
"Ish, tak baik awak cakap macam tu. Nanti dia belajarlah pelan-pelan. Saya tahu memasak pun sebab dulu di kampung saya yang masakkan untuk keluarga saya," jawap Kilah sopan. "Hmm, awak nak air mineral. Saya nak turun pergi beli ni. Awak nak?"
"Boleh juga," jawap Taufiq tidak tahu malu. 2 minit setelah Kilah keluar, Seroja masuk ke dalam sambil membawa plastik berisikan makanan.
"Seroja?"
"Nah, makanan untuk you. Panas lagi. I baru beli." Taufiq mengintip isi plastik itu.
"Sorry Seroja. You bagilah siapa-siapa. I pun tengah makan ni," tolak Taufiq.
"Tapi I belikan untuk you."
"You sendiri nampakkan I tengah makan. Tak akan I nak habiskan dua-dua."
"Sejak bila you bawa bekal? Tak pernah-pernah pun?"
"Oh, bukan I yang bawa. Kilah yang bawakan untuk I," jawap Taufiq.
"Dia tahu atau tak sebenarnya you ada girlfriend? Takkan dia dah selalu nampak I and still tak percaya I ni girlfriend you. Yang dia tergedik-gedik nak bawakan you bekal kenapa?"
"Apa salahnya? Dia cakap dia ada masa dia buatlah. Lagi pun tak akan I nak minta you buat bekal untuk I? Youkan tak pandai masak. I cuma hargai pemberian dia."
"And how about mine?"
"You tak penatkan? You just beli but Kilah masak sendiri," ujar Taufiq.
"Okaylah. Enjoy your lunch. I pergi dulu. You bagilah siapa-siapa makanan yang I beli tu. Kalau tak ada yang nak, you buang je." Taufiq melepaskan keluhan berat melihat perangai Seroja. Itulah manja sangat. Taufiq meletakkan makanan pemberian Seroja di hujung meja dan menyambung acara makannya semula.
"Mana Kilah ni?" bebel Taufiq. Tekaknya mulai kering kerana tiada cecair yang melaluinya. Sekitar 5 minit Kilah datang sambil membawa 2 botol air mineral kecil. Namun yang menarik perhatian Taufiq ialah raut wajah Kilah yang terlihat sedih.
"Awak kenapa?"
"Saya jumpa girlfriend awak tadi. Dia marah sebab saya rapat sangat dengan awak. But saya cuma kawan dengan awak, tak lebih."
"Awak jangan ambil hati sangat dengan apa yang Seroja cakap. Dia tengah emosi tu. Dia hantarkan saya makanan tadi tapi saya tengah makankan."
"Oh, ini ke makanan yang Seroja bagi?" ujar Kilah sambil menunding jarinya pada plastik di hujung meja Taufiq. "Saya bagi oranglah ye? Sayang pula kalau awak buang."
"Suka hati awaklah," jawap Taufiq. Baru sahaja Kilah berdiri ketiga-tiga sahabat Taufiq masuk ke dalam dan membuat ruangan itu kecoh seketika.
"Harith kau dah makan?" tanya Taufiq pada Harith.
"Belum. Kenapa? Kau nak belanja?"
"Seroja hantar aku makanan tadi tapi aku pun tengah makan. Kau ambillah," ujar Taufiq. Kilah menghulurkan plastik itu pada Harith dan diterima dengan hati yang terbuka oleh harith
"Wow, thanks. Jimat duit."
***
Lebih kurang seminggu berlalu dan selama ini Taufiq berusaha mengelak dengan Seroja kerana Seroja sering kali menggangunya melakukan kerja. Hampir setiap hari juga Seroja menghantar pesanan ringkas berisikan pertanyaan seperti berada di mana? Buat apa? Dengan siapa? Namun selalunya Taufiq berbohong dan menipu, dia mengatakan dia bersama rakan-rakannya padahal dia bersama Kilah membincangkan hal-hal program. Dia malas bila Seroja mengamuk dan memekik tanpa tahu malu. Namun hari ini Taufiq menyetujui untuk berjumpa dengan Seroja.
"Sorry, Seroja. I ada kerja sikit tadi. Itu yang lambat. Kenapa nak jumpa I?"
"Aik, tak akan nak jumpa pun kena ada alasan. I cuma rindu you je, you tak rindu I ke?"
"Rindu tak akanlah tak rindu. Cuma tulah, you tahukan I-"
"Sibuk? Ya...I tahu you sibuk. Itulah seminggu ni I tak ganggu you, sebab I tahu you sibuk."
"Nasiblah you faham. Hmm, you-"
Ting!
"Kejap ya," ujar Taufiq. Satu pesanan ringkas diterimanya dari Kilah.
Fiq, awak dekat mana? Saya cari tak jumpa pun.
Saya dengan Seroja sekarang ni. Kenapa?
Oh, sorry-sorry sebab kacau dating awak.
Tak apa.
Saya rasa bersalah pula sebab kacau.
Saya dah cakap tak apa kan.
Jangan marah tau.
"Taufiq."
"Oh, ya! Apa kita cakap tadi?"
"You sibuk."
"Sibuk? Ya... Hmm sebenarnya I betul-betul busy sekarang. Next week program dah start. Nan-"
Ting!
Sekali lagi. Cukup! Taufiq nengambil telefonnya dan melihatnya sekejap.
Saya minta maaf sebab kacau awak. Tapi boleh tak awak tunjuk pasal video presentation tu nanti.
Saya ada nak buat dan nanti saya nak minta tolong awak tengok-tengokan laptop saya sebab tiba-tiba laptop saya hang.
"No problem."
"Seroja, Im really sorry but can we meet again another time. Kilah ada masalah sikit and I need to help her." Seroja langsung menahan tangannya.
"Seroja, please faham I."
"Taufiq, please. Kali ni terakhir I kacau you. Duduk please." Mahu tidak mahu Taufiq duduk kembali.
"I cuba faham you but makin lama I semakin tak faham you. I know I bukan baik sangat and I know you nampak banyak kekurangan I. But I hope you still can faham I sebagai girlfriend you. You menangkan perempuan lain but I still bertahan dengan you. But makin lama I dah tak mampu bertahan. I pun perlu bahagia."
"Seroja-"
"Let me talk first....Thanks for everything untuk hampir setahun kita bersama. I really appreciate it and I minta maaf sebab selalu buat you sakit kepala. I dah fikir masak-masak, I... nak kita putus."
Taufiq turut terdiam. "Okay, kita putus." Tidak menunggu lama Taufiq meninggalkan Seroja sendiri tanpa memikirkan perasaan Seroja.
***
Seminggu berlalu dan Seroja tidak pernah lagi menghubungi Taufiq atau berjumpa dengan Taufiq. Sebelum ini Seroja akan datang lagi dan berkelakuan seperti tidak terjadi apa-apa. Oleh sebab itulah Taufiq tidak payah susah-susah memujuk Seroja.
"Awak kenapa?" tanya Kilah.
"Tak ada apa-apa," jawap Taufiq sambil tersenyum. "Awak dah siapkan poster yang saya suruh buat hari tu?"
"Kejap lagi siap. Hmm, saya dengar-dengar awak putus dengan Seroja. Betul ke? Awak tak bagitahu saya pun."
"Aah. Seminggu yang lalu."
Kilah menghampiri Taufiq. "Tak apa. Awak janganlah sedih. Mungkin awak akan berjumpa dengan orang yang betul-betul sayangkan awak."
"Rasanya kita tak payahlah cakap pasal ni. Itu masalah peribadi saya. Awak pergilah siapkan poster tu, hantar kat saya selewat-lewatnya malam ni."
"Okey, Fiq."
"Saya keluar dulu. Saya ada urusan sikit."
***
"Seroja?"
"Eh, Yusuf! You buat apa dekat sini?" tanya Seroja. Yusuf merupakan salah satu kawan Taufiq yang Seroja kenali.
"I nak jumpa orang, bakal tunang I. You?"
"Oh my god! I pun!" Mereka berdua bertatapan lalu Seroja tertawa perlahan. Tidak sangka takdirnya akan menjadi seperti ini.
"You anak Dato' Majid?"
"Ya. Hahaha, tak sangka you bakal tunang I," jawap Seroja. "Duduklah dulu. Kita bincang."
"So, you setuju dengan pertunangan ni?" tanya Yusuf. Dia menatap Seroja yang menganggukkan kepalanya. Dia tidak menyangka yang dia akan ditunangkan bersama bekas kekasih sahabatnya. Ya, dia tahu Seroja dan Taufiq sudah putus seminggu yang lalu.
"I setuju sebab daddy I cakap lelaki yang daddy pilih memang lelaki yang baik. So, I terimalah. Tak sangka pula you."
"Jadi, inilah sebab you putus dengan Taufiq?"
"No, I putus dengan Taufiq sebab I dont think perasaan kami macam dulu lagi. You sendiri nampakkan macam mana Taufiq sekarang. I bukan tak nak usaha pertahankan hubungan kami, but kalau I je yang berjuang hmm.. Baik tak payah. And I nak cakap dengan you yang kalau kita bertunang nanti, I tak you rasa diri you as my 'pelarian' I or something else. I just want to start my new life. I trust my daddy so much so thats why I setuju."
"I faham..."
"And how about you? Why you setuju dengan pertunangan ni?" soal Seroja teruja.
"Hmm, I tak ada reason nak tolak sebab I tak ada girlfriend sejak lahir. So, maybe dengan pertunangan ni I adalah juga teman nak luah perasaan."
"Aloloh siannya dia."
"Hahaha, janganlah macam tu. Sedih I. Hmm... So, confirmlah ni kita tunang?"
"Confirm! Jangan you tiba-tiba tak nak tunang dengan I pula. Awas you!"
"You pun, kalau tiba-tiba you buat drama tak nak tunang nanti, I terus tarik you pergi tok kadi. Biar you terus jadi wife I."
"Ganasnya. Hahahaha. By the way, bila kita tunang?"
"Kalau tak silap saya cuti sem ni. Kenapa?"
"Dah nak dekat. So, majlis kita nanti tertutup or what?"
"It's up to you. I ikut je."
"Kalau you tanya I, I nak buat majlis sikit. Jemput orang terdekat je. Yalah, majlis ni sekali seumur hidup. You jemputlah siapa-siapa yang dekat dengan you."
"Kalau I jemput kawan-kawan I?"
"Ikut suka hati youlah. I tak kisah. Janji majlis berjalan dengan lancar."
"Alright."
PART 5
"UISH, aku tak sangka Yusuf nak tunang," ujar Boy.
"Itulah. Diam-diam ubi berisi. Aku tak sabar pula nak makan nanti," kata Harith pula. Taufiq yang memandu kenderaan sekadar tersenyum mendengar perbualan kedua rakannya.
Mereka bertiga kini dalam perjalanan menuju ke rumah rumah Yusuf kerana mereka ingin mengikut rombongan keluarga Yusuf. Sekarang sudah menunjukkan jam 11.50 pagi dan rancangannya mereka akan berangkat ke rumah bakal tunangan Yusuf selepas solat zuhur.
"Taufiq, Kilah call kau," ujar Boy sambil menunjuk telefon Taufiq yang bergetar tanpa suara.
"Nanti aku call dia balik. Aku tengah drive ni. Aku tak ada earphone. Biarkan je dulu."
"Okay bos!" Dalam 10 minit kemudian mereka tiba di rumah Yusuf. Terlihat sanak saudara Yusuf sudah berkumpul sambil menikmati makanan.
"Assalamualaikum Auntie. Yusuf mana?"
"Waalaikumsalam. Datang pun kamu bertiga, Yusuf kat dalam. Pergilah masuk. Buat rumah sendiri. Lepas Zuhur baru kita gerak ya," ujar ibu kepada Yusuf.
"Baik auntie. Kami masuk dulu." Harith dan Boy pun masuk ke dalam dan bertemu dengan Yusuf yang sedang bermain bersama anak buahnya yang baru berusia 2 tahun. Manakala Taufiq masih di luar menelefon Kilah.
"Bro!"
"Eh, baru sampai? Duduk dulu. Kalau lapar pergi makan. Ibu aku ada masak tadi."
"Nantilah. Macam mana perasaan nak bertunang. Nervous?" tanya Harith.
"Nervouslah tak akan tak nervous. Taufiq mana?" Ujar Yusuf kerana tidak melihat kelibat Taufiq.
"Ada dekat luar. Call Kilah tadi...mentang-mentang dah couple."
"Couple?" ujar Boy dan Yusuf serentak. "Sejak bila?"
"Eh, kau tak tahu ke? Dah 2 minggu rasanya," jawap Harith. "Tak akan kau tak nampak Instagram Kilah, siap mention username ig Taufiq dekat bio dia."
"Maybe Kilah syok sendiri," jawap Boy dan mendapat tamparan di belakang kepalanya.
"Tak. Aku sendiri dah tanya Taufiq and dia cakap memang dia dan Kilah dah couple. Taufiq yang ajak couple." Sunyi.
"Hmm, janganlah kita cakap pasal tu. Taufiq dengar nanti dia tak nak datang majlis aku," ujar Yusuf.
"Iya juga...Hmm." Usai Boy mengatakan itu, Taufiq langsung masuk ke dalam dan menghampiri mereka bertiga.
"Sorry Yusuf, aku ada hal tadi."
"Tak apa."
"Yusuf, macam mana kau tiba-tiba nak tunang? Bukan kau single sejak lahir ke? Tak pernah nampak pun kau rapat dengan mana-mana perempuan," pertanyaan Taufiq membuat Yusuf tersenyum sedikit.
"Sebenarnya ayah aku yang nak tunangkan aku dengan anak kawan dia. Aku terima je. Aku kan single," jawap Yusuf ringkas.
"Jadi kau dah jumpa dengan bakal tunang kau tu?"
"Dah, dia pun setuju dengan pertunangan ni."
"Kitaorang kenal ke? Siapa nama dia?" tanya Taufuq ingin tahu. Siapalah yang akan menjadi tunangan Yusuf.
"Kau orang kenallah. Seroja. Seroja binti Dato' Majid."
"Hah?! Seroja?!!"
***
"Tahniah, Seroja. Tak sangka you dah jadi tunang Yusuf. Tak sangka you sold out secepat ini. Entah bilalah I nak jadi tunang orang," ujar Darlina dengan raut wajah sedih. Baru sebentar tadi majlis pertunangannya selesai. Cincin pertunangannya sudah tersarung cantik di jari manisnya.
"You kawinlah dengan daddy I. Daddy I handsome lagi," jawal Seroja bersahaja.
"You nak I jadi mak tiri you?"
"Kalau you nak I tak kisah. Tengok, daddy I sexy lagi. Dahlah kaya plus you dapat anak instant. Take 1 free 1," bisik Seroja lalu terkekeh melihat wajah pucat Darling atau Darlina. Nama sebenar Darlina ialah Darling Azuren. Namun Darlina malu menggunakan nama Darling jadi dia menggantinya dengan Darlina Azuren. Nama Darling bukanlah nama yang tak disengajakan, tetapi memang ibu bapa Darlina yang menginginkan nama itu. Bahkan kakak Darlina bernama Sayang manakala nama ibu kepada Darlina ialah Cinta.
"You jangan macam-macam eh. Kalau daddy you dengar mati I," ujar Darlina dengan wajah yang memerah. Adakah patut Seroja menyuruhnya menjadi mak tiri.
"Seroja..."
"Mommy!" kata Seroja semangat. Dia mencium tangan mommynya dan mereka berlaga pipi beberapa kali.
"Tahniah sayang. Seroja dah jadi tunang orang sekarang. Mommy terkejut bila daddy kamu call cakap kamu setuju nak ditunangkan. Seroja jangan Risau, Yusuf memang baik. Dia ada jumpa mommy untuk minta restu dengan mommy." Mariana mengusap lembut rambut kepala anaknya yang dilitupi selendang berwarna putih. Tidak terasa anak perempuannya kini sudah dewasa.
"Thank you mommy. Jangan risau, Seroja terima pertunangan ni dengan hati terbuka. Hmm, mana uncle dengan Aurora? Tak nampak pun."
"Uncle tengah temankan adik kamu makan. Dari tadi bising sebab lapar. Nanti lepas ni, mommy suruh Aurora dengan uncle jumpa Seroja."
"Okay mommy. Mommy pun pergilah makan. Mesti dah lapar kan?" ujar Seroja.
"Yalah. Kejap lagi, mommy nak jumpa daddy kamu dulu. Kamu pun makan lepas ni. Jangan nak diet-diet. Darlina, kamu pun makan sekali dengan Seroja."
"Baik auntie."
Dia masih tidak percaya Seroja bertunang dengan kawan baiknya sendiri. Dia ingatkan Seroja akan kembali kepadanya semula seperti selalu. Namun dia juga tidak boleh cakap apa, kerana dia sendiri sudah memiliki kekasih baru.
"Tahniah, Seroja and Yusuf. Bila majlis seterusnya?"
"Lama lagi. Kalau ikut perbincangan dua-dua pihak, majlis pernikahan akan dibuat lepas kami habis degree. So, setahun lebih lagilah," jawap Yusuf. Mereka semua merupakan pelajar tahun 3 semester 1.
"Lamanya. Tapi yang penting dah tunang," ujar Boy.
"Thank you sebab datang semua," ujar Seroja pula. "Kalau majlis tu dah dekat kami akan inform balik."
"Yes!"
***
Dua tahun berlalu, Seroja dan Yusuf akhirnya bergelar suami isteri. Walaupun pertunangan mereka pernah hampir putus, namun mereka berdua akhirnya mampu berpertahankannya.
Selama tempoh pertunangan itu, Seroja dan Yusuf telah merasakan benih-benih cinta diantara mereka. Sikap peka dan penyabar Yusuf membuat Seroja merasakan dia dihargai dan disayangi. Bahkan Yusuf juga selalu mengalah dengan Seroja berbanding dengan ketika Seroja dengan Taufiq.
Ketika Seroja cemburu dengan Yusuf, Yusuf hanya tersenyum sebagai balasan. Bahkan Seroja terkadang terpaksa menadah telinga apabila mendengar leteran Yusuf mengenai itu dan ini.
"Seroja dah siap pack barang?" tanya Yusuf pada Seroja.
"Tinggal barang Yusuf yang tak siap lagi. Yusuf masak apa?" Mereka berdua berbagi tugas seperti biasa. Seroja mengemas barang-barang untuk dimasukkan ke dalam bagasi manakala Yusuf memasak di dapur. Yusuf terlihat kawaii dengan apron dan spatula di tangannya.
"Ayam masak kicap. Seroja nak makan apa lagi?"
"Itu pun dah cukup. Seroja tak lapar sangat sekarang ni," jawap Seroja.
"Kalau dah cukup, jom makan. Yusuf dah hidangkan nasi tadi."
"Angkat." Seroja merentangkan kedua tanganya pada Yusuf. Yusuf tertawa sambil mengangkat Seroja. Kedua tangan Yusuf melingkar di pinggang Seroja. Manakala Seroja meletakkan kakinya di atas kaki Yusuf. Maknanya mereka bergerak seperti robot.
"Wanginya! Pandai betul suami Seroja masak."
"Mestilah," jawap Yusuf dengan bangga. Mereka bercerita sambil menikmati makanan hasil tangan Yusuf. Hari ini merupakan hari terakhir mereka berdua berada di Malaysia kerana pagi esok mereka akan berangkat ke Canada untuk memulakan hidup baru.
Daddy Seroja meminta Yusuf untuk mengurus syarikat yang baru sahaja dibinanya disana. Walaupun hanya syarikat kecil, Yusuf tetap menerimanya dengan hati yang terbuka. Seroja sendiri akan bekerja di syarikat yang sama.
Mengenai Taufiq dan Kilah, Seroja sudah tidak kisah lagi. Menurut Yusuf, Taufiq dan Kilah masih lagi sepasang kekasih dan belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin. Sebenarnya selepas pertunangan Seroja dan Taufiq dua tahun lepas, Seroja sudah memutuskan untuk memadam nombor Taufiq serta memblok laman sosial milik Taufiq, alasannya Seroja ingin 'move on total'. Oleh sebab itu dia langsung tidak tahu perkembangan Taufiq.
Bahkan dahulu dia tidak lagi berkomunikasu dengan Taufiq. Ketika dia melihat kelibat Taufiq dari jauh dia akan putar balik atau memilih jalan lain. Tiada kata maaf yang pernah keluar dari mulut Taufiq dan Kilah sehingga ke hari ini namun biarlah semuanya berlalu. Perjalanan hidup Seroja masih panjang. Inilah takdir yang Seroja perlu hadapi walaupun masih ada persoalan yang tinggal, biarkanlah. Biar waktu yang menjawap itu semua.
Karya asli Ayin Bryan (25/08/2022)
.jpeg)
Comments
Post a Comment